Wednesday, February 5, 2014

Surviving without maid

Yep. I am maid-less since Dec 2013. Susah jadi orang baik hati, dipijak kepala. Kalau jumpa maid tu, siap-lah. Tau-lah dia langit tinggi rendah. Kalau orang kata maid Acheh ni Islamik, baik, jangan percaya. Tak boleh pakai jugak. I found an article regarding how to choose a maid and it's recommended to choose those from Jawa descendent or Sunda.

Majikan Indonesia hanya mengambil suku bangsa Jawa (orang Jawa) dan suku bangsa Sunda (orang Sunda) untuk bekerja sebagai pembantu rumah kerana mereka mempunyai watak dan sikap yang sesuai untuk pekerjaan tersebut. 
Sumatera Barat (Padang - Minangkabau) dan Sumatera Utara (Medan - Batak), Sumatera Timur (Acheh) adalah suku bangsa yang tidak sesuai untuk bekerja sebagai pembantu rumah disebabkan kekuasaan wanita. Mereka lebih suka bekerja sebagai peniaga atau di restoran sahaja. Wanita Acheh mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesebuah keluarga.
Kekuasaan wanita juga dapat dilihat dalam masyarakat Minangkabau.
Walaupun wanita Batak tidak mempunyai kekuasaan yang tinggi seperti Acheh dan Minangkabau tetapi sikap orang Batak agak kasar dan kurang bersopan santun. Malahan orang Batak juga sukar diatur dan barangkali sesuai bekerja di tempat yang agak lasak. 
Kekuasaan wanita juga dapat dilihat dalam masyarakat Minangkabau.
Walaupun wanita Batak tidak mempunyai kekuasaan yang tinggi seperti Acheh dan Minangkabau tetapi sikap orang Batak agak kasar dan kurang bersopan santun. Malahan orang Batak juga sukar diatur dan barangkali sesuai bekerja di tempat yang agak lasak. 
- Dr. Nazarudin Zainun ialah pensyarah Sejarah Asia Tenggara (Indonesia), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.- Soijah Likin ialah ahli antropologi bebas dan pengamat sosial masalah pekerja wanita Indonesia di Malaysia.
Artikel Dipetik Dari Utusan Melayu (M) Bhd 

Tapi hati manusia, mana kita dapat duga kan? Kena doa, doa dan berdoa je-lah supaya dikurniakan maid yang baik dan tidak menyusahkan hidup. Maid ni, ada susah, takde pun susah. Ikutkan hati memang malas nak ambil maid dah, nak kena kumpul duit lagi segala, tapi memandangkan my husband is away in another state and sometimes I'm required to stay longer in the office, maid seems like the best solution.

The Ahmed Jrs. have been living with maid for 8 months and tranferring them to a babysitter or nursery would be, well, might be difficult for them. But if by the end of the month, and I'm still bibik-less, then, that would be the only option that I have. As difficult as it might seem, it might be the best for the boys.

At the moment, my little sister is helping me taking care of them when I'm out at work. And, I have to replanned my life in order to make everything happen. Woke up early in the morning to prepare food for them. Set washing machine untuk membasuh around 4 a.m. supaya bangun je mommy boleh sidai terus. Called the parttime maid to do major clean once a week. Folding the laundry whenever I have extra time. Iron my working clothing after I have finished cooking. And dinner? Just call the restaurant for a pick up. Memang penat, tapi nak survive, kena buat-lah.

The key is, pre-planned everything. Nak save masa lagi, weekend gosok segala baju kerja siap-siap. Blend segala bawang merah, bawang putih, halia, cili siap-siap. Memang tak berapa elok dan fresh but if it can save time and less tiring, that is what I have to do. Oh well. Enough ramblings for today. My 5 minutes break is up. Back to work.


Monday, August 26, 2013

Lovely Lentils

Hari ni mommy sempat masak untuk budak Pawish. Try something new for protein - lentils. Dalam bahasa Melayunya kira dhal gitu. Cuma mommy pakai red lentils sebab dia lagi cepat masak dan kurang gassy (less fibrous). Dari apa mommy google dari website homemade baby food, lentils are very good for us especially babies because: it's a good source of:

  • protein
  • calcium
  • carbohydrates
  • B vitamins
  • phosphorus
  • iron (twice as much as legumes)
  • fibre
There, tiny product with HUGE BENEFITS. Ni recipe mommy ambil dari Annabel Karmel ye.

LOVELY LENTILS
1/2 cup finely chopped onion
2 medium carrots, peeled and chopped - I used one only
2 tablespoons chopped celery
1 tablespoon vegetable oil - I subtitued with olive oil
1/4 cup split red lentils - wash it thoroughly to remove debris
1 medium sweet potato, peeled and chopped
1 3/4 cups vegetable or chicken stock or water - I used vege stock

1. Saute the onion, carrots and celery in the veg oil for 5 mins or until softened.
2. Add the lentils and sweet potato and pour in the stock or water.
3. Bring to a boil, turn down the heat and simmer, covered for 20 mins.
4. Puree to the consistency that u needed.

Sunday, August 11, 2013

Bubur nasi

Hari ni mommy sempat masak bubur nasi untuk Faris. Nampak gaya, mommy kena masukkan nasi dalam menu Faris sebab Faris adalah seorang pemakan. Bila lapar je cranky semacam. Haihh ikut sapa la ni yee *wink* Untuk penyediaan bubur ni renyah sedikit sebab mommy prepare untuk Abang Fahad sekali. Cuma mommy asingkan sup ayam untuk abang since Faris belum level makan ayam lagi.

Bubur Nasi

Bahan-bahan:
1 cawan beras - dibasuh bersih
4 cawan air
Lobak merah - potong dadu
Bawang merah yang kecil - dihiris nipis
Bawang putih seulas besar - dihiris nipis
Halia dua hiris nipis
Secawan kacang pis beku
Sebiji kurma - sama ada bentuk puri ataupun direbus 5 minit
Stok sayuran *optional*

Cara:
1. Basuh bersih beras dan direneh dengan api kecil.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Masukkan lobak merah dan kacang pis yang telah dibasuh bersih.
4. Masukkan dua kiub stok sayuran yang telah dibekukan sebelum ini.
5. Reneh sehingga masak.
6. Masukkan dalam blender (pastikan bawang dan halia tidak dimasukkan sekali), campurkan kurma yang telah direbus 5 minit dan blend mengikut kehalusan yang diperlukan. Boleh ditambah air sedikit sekiranya terlalu pekat.


Untuk Faris memang mommy tak masukkan garam atau gula. Jadi bila mommy dah blend siap bubur Faris, baru mommy letak sedikit garam untuk abang yang dah dua tahun lebih. Mommy ada juga masakkan sup ayam untuk abang supaya lebih menarik untuk palate abang :)

Gambar takde sebab mommy berkejar nak pegi office hehehe. Masa ni-lah rasa bestnyaaaaaaaaaaa kala ada Beaba Babycook sebab yang baru ni boleh masak nasi/ bubur dan pastaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)

Source: www.beabababycookbabyfoodmaker.com


Monday, August 5, 2013

Vegetable Stock/ Stok sayuran

Resipi stok sayur ni mommy ambil dr Annabel Karmel. Mommy adjust2 ikut apa yg ada jela.

Bahan-bahan:
2 lobak merah yg besar
1 batang celery
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang leek
4 biji lada hitam
Bayleaf/ thyme/ oregano
Minyak zaitun

Cara:
1. Dadukan bawang besar & lobak merah. Leek & celery dipotong dlm 0.5 cm.
2. Hiriskan bawang putih.
3. Tumiskan bawang putih & besar dgn olive oil sampai naik bau.


4. Masukkan lobak, celery & leek dan digaul rata selama 5 minit.


5. Masukkan air 1.5 liter dan dididihkan. Masukkan lada hitam, bayleaf, thyme & oregano. Mommy hanya ada lada hitam hancur, serbuk thyme & oregano. Janji ada hehe.
6. Kecilkan api dan reneh selama 40 minit dan tutup api.


7. Biar sejuk selama 2 jam dan boleh disimpan dalam fridge untuk seminggu atau dibekukan untuk 3 bulan.

Sunday, June 23, 2013

Sup ayam halia

Dikala musim jerebu ni, sistem imun badan pasti sibuk memastikan badan kita sentiasa sihat. Tapi kalau selalu diasak dengan virus dan bakteria pun, pasti ada masa kita rasa weak kan. Maka selain dari supplemen Shaklee, mari kita ke dapur utk tingkatkan imuniti kita. Senang aje.

Sup ayam halia ni versi Atok Fahad & Faris. Selalunya dimasak ketika berpantang, ada juga masa mommy mengidam hehehe. Sebaik2nya cari ayam tua sebab kita boleh reneh lama untuk dapatkan khasiat sepenuhnya.



SUP AYAM HALIA
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam tua/ ayam biasa
4 ulas bawang putih *
1 1/2 inci halia *
1 1/2 biji bawang besar *
1/2 inci kunyit *
Daun bawang sbg hiasan dan penyedap rasa
Garam & gula secukup rasa

Tumbuk/ blend semua bahan bertanda *. 
Masukkan bahan * yang dah lumat bersama 3 cawan air dan masukkan ayam. 
Reneh sehingga masak dgn api sederhana.
Perisakan garam dan gula secukup rasa.

Kalau dari sudut pengambilan vitamin, masa jerebu ni mommy tingkatkan pengambilan Zinc Complex, Nutriferon, Performance drink, Vitamin C. Kalau sakit pun tak teruk sangat dan tak lama. Bagi Fahad pula, mommy bagi makan Nutriferon sikit, OmegaGuard & Mealshakes. Kalau ada rasa sakit tekak, cuba kumur dgn air garam ya

Kalau berminat, contact mommy ya. Mommy harga super duper special dan konsultasi, sebab mommy pon baru je sihat lepas 3 hari demam. Tak amik MC & jumpa doktor pon sebab awal2 dah bertindak. Maka, mommy boleh suggest dan consult based on my experience ^_^

Selamat mencuba resipi ni ya. Memang feveret adik-beradik mommy ni ^_^

Friday, February 15, 2013

2 boys

Yay! Hari ni genap 52 hari mommy melahirkan Faris. Dannn, mommy dah selesai pantang 44 hari tu. Walaupun kali ni pantang tak serupa pantang sangat sebab in the morning I still have to manage the two boys on my own. Phewww, they are pretty handful. Dengan abang yang agak baby lagi, dengan adik yang tauuuuu je bila abang dia nak bermanja. Mommy jadi hot stuff pulak, rebutan abang dan adik. Cewahhh.


Kali ni pantang memang berbezaaa sangat dengan pantang lepas lahirkan Fahad. Sebabnya, mommy lebih bertenaga kali ni. Mommy dah mula mandikan Faris lepas seminggu bersalin (tak elok sebenarnya utk ibu berpantang lama-lama main air ni). Kali ni mommy try berpantang dengan set bersalin Tanamera dan semestinya VITAMIN SHAKLEE. Set Tanamera ni sebenarnya lebih untuk luaran dan hanya air teh herba untuk dalaman. Tapi bengkung dia memang best. Hehe setakat hari ni mommy tak habiskan tapel, pilis (mmg tak pakai), rendaman untuk cucian, VCO & minyak berurut. Sebab tak sempatttt. Hehe pepagi dah bersilat dengan dua budak.

Cuma sebolehnya mommy memang tak skip vitamins, sebab kalau skip, memang terasa keletihan sangat-sangat sebab abang dan adik ni bergilir bangun malam. Paling best, jahitan memang kejap jela baik sebab adanya zinc complex. Aha, mommy dah buat jeans Levi's saiz 27 sebaik lepas pantang. Wuhuu!!

Paling utama, mommy dah jumpa kaedah untuk elakkan sembelit ketika membuang. Ohh nanti mommy share sebab abang sudah bangun. Oh dan pegi cium adik terus, kejap lagi adik pulak bangun. Ohhhhhh bermula-lah cycle multitasking :)

Nota kaki:
Moyang Fahad & Faris iaitu Atok mommy kembali ke rahmatullah pada 11 Februari 2013 jam 1.30 pagi di Hospital Muar. U'll be deeply missed atok :(


Saturday, January 12, 2013

Welcoming Ahmed Faris

Alhamdulillah, seperti jangkaan doktor, akhirnya adik keluar juga pada 26 Disember 2012. Well, EDD asal adalah 25 Disember 2012 tapi bila mommy minta surat perakuan pengesahan EDD, doktor pegi buat 26th. Eh doktor ni, macam ahli nujum kan?

Kan masa 39th week, mommy cakap doktor bagi 2 option. Mommy ada call semua doktor, cakap mommy nak induce. But he was against it. Doktor cakap, kalau induce nanti tetiba kena caesarean, macam mana? Sebut caesarean, of coz la mommy pun pasrah aje. Taknak-lah czer, dengan abang tgh lasak lagi ni. I need to recuperate asap! (in which I did, nanti mommy share)

Tapi tu-lah orang kata, kita boleh merancang, tapi Allah lebih mengetahui. Di saat mommy dengan daddy dah risau, who is going to take care of mommy during the first week of delivery, pagi 25 Disember tu, mommy tengok discharge mommy tinted with pinkish colour. A sign of blood show although it's not red in colour. Ye, kali ni nampaknya anak mommy kembar darah. Dan jiddah cakap, kembar darah tu lebih painful dari kembar air but faster delivery.

Masa ni mommy chill lagi sebab kalau mommy gelabah pegi hospital awal sangat, buat letih kena seluk je nanti. Eceh, mentang-mentang 2nd experience. Lagipun mommy tak rasa contraction lagi. So, mommy pack up barang-barang last minute macam VCO, cermin mata, charger, akar fatimah (yang end up tak guna pun), vitamin Shaklee macam ostematrix dan alfalfa. Mommy pack beg Fahad sekali, siap dengan susu since I'll be leaving him with his grandparents at my brother's house. Lepas packing tu, dah siapkan Fahad sekali semua, we headed to Pak Ngah Afeq's house since everybody is there.

Mommy told Jiddah about the bloody show. Jiddah pun cakap dah tak lama la tu, memang tanda nak bersalin. Mommy pun cool je, tunggu contraction kuat baru nak pegi hospital. Bila mommy google, some website wrote that a bloody show doesn't mean that u're going into labour in the next few hours. Mommy dah a bit worried sebab, malas nak apply cuti rehat lagi hehehe. I just prayed that it's going to be the day. Sebab mommy cannot afford to delay.

Dah makan lunch, lepak-lepak tengok tv, bagi daddy tidur puas-puas, Aunty Cherrie whatsapped me and forward to me Dr. Hazim's handphone number. Mommy malas nak kacau doc time cuti tapi what the hell, contact je la since I'm paying for his service pun kan hehe. Doc cakap datang je hospital, mana tau ada bukaan. Tu pun mommy still delay lagi, sampai-lah contraction konsisten dan 15 minutes apart. Around 5 p.m., mommy pun ajak daddy ke hospital. Tapi sebelum tu kena pit-stop rumah dulu ambil kain batik dan hospital beg. Mommy terlupa kalau nak check bukaan, kena berkain batik.

Sampai HPJ rupanya Dr. Hazim dah notify that I'll be arriving. Buat CTG & VE, memang ada contraction and I was 2 cm dilated. Sambil-sambil buat CTG mommy still online entertaining customers yang tanya pasal Shaklee products dan anak didik mommy dalam dunia biz. Hehehe. Lagipun I wasn't in excruciating pain at that moment. Doctor decided that I should be warded. Masa tu ramai juga patient FPP tapi semua first time mothers dan belum ada bukaan lagi. Kira I was lucky, dapatttt juga bilik eksekutif he he he.

Masa kat wad, we were quite pleased with the room. Ada nurse buat briefing lagi. Yela, RM300/night, haruslah briefing bagai. Hehehe. Daddy pun ada reclining chair for him to relax on. Masa warded tu, dah pukul 7.30 p.m., so I missed the dinner session. Terpaksa-lah daddy keluar belikan mommy makanan. Yela, daddy pun kena makan, sebab mommy pun jangka I'm going to give birth either that night or in the morning. Tak nak jadi macam time Fahad, daddy dgn mommy kebulurrr hehehe.

Dalam wad pun, CTG machines is attached to me. Sambil-sambil TV3 tunjuk cerita Hantu Kak Limah. Around 9 p.m., contraction mommy makin kuat tapi mommy boleh tahan lagi. Tengah contraction pun mommy boleh tergelak tengok cerita tu, sampai nurse pon pelik kenapa mommy gelak. Bila dia toleh, rupanya Kak Limah, no wonder! Pukul 10 malam, doktor datang dan buat VE. 3cm dilated! Nurse pun bagi mommy penthidine masa ni. Start la mommy macam mamai-mamai. Dan dalam pukul 11 lebih macam tu, mommy kena duduk labour room dah sebab contraction pun makin intensed. Baru je mommy nak tidur, tak sempat gak tidur bilik exec.

Sebelum ke labour room, mommy makan Ostematrix, teguk VCO dan minum Performance Drink. Sebabbbb, mommy nak elakkan dari asyik minum air. Nanti asyik nak terkencing. Kalau dah strap CTG machine kat labour room, sekian je-lah nak pegi toilet. Diorang akan guna catheter untuk keluarkan urine. Eeeee seksa, tak nak dahh. Cukup masa Fahad dulu. Semua dah prepare, mommy pun turun ke labour room. Kali ni dah kena naik wheel chair, memang mengimbas kenangan kena wheel in masuk labour room masa Fahad. Kali ni mommy masuk bilik bersalin #9. Dulu #4. Bilik #9 ni besar sikit tapi katil dia tak best! Hahaha.

Dalam pukul 2 pagi, haaa masa tu laaaaaaa mommy punya contraction start kuat dan mommy tahap tak tahan. Memang sangattt lain dengan masa Fahad. Kalau masa Fahad, sepanjang 8 jam dalam labour room, mommy senyappp je sampai daddy cakap mommy orang paling tenang dalam labour room, dengan Faris mommy memang mengerang kesakitan. Contraction dia makin kuat dan berterusan. Masa Fahad dulu, contraction datang dan pergi. Kali ni dia terus menerus dan mommy macam tak sempat nak rasa lega. Doktor datang check bukaan, 5cm. Dan doktor cakap pukul 4 pagi, dia akan datang untuk pecahkan air ketuban.

Dalam jam menghampiri pukul 4 pagi rasanya, contraction sangat intensed sampai tetiba mommy rasa macam ada benda pecah dan air panas mengalir. Faris beats the doctor! Tak sempat dia pecahkan air ketuban, dah pecah sendiri hehe. Ah sudah! Air ketuban pecah dan sakit dia tu non-stop. Lagiiiii intensed. Mommy tak terkata apa, terus tekan red button panggil nurse/ doktor dan bagitau air ketuban mommy pecah. Doktor pun confirmkan memang air ketuban dan alhamdulillah, air ketuban takde warna pelik-pelik yang menandakan Faris dah terberak kat dalam.

Doktor check bukaan, dah 8 cm. Masa tu daddy kata, nampak-lah mucous plug tu terkeluar bila doktor performed VE on mommy and gushes of water came out from me. Dr. Hazwani tu cakap, dah boleh teran. Tetiba nurse datang, kata Dr. Hazim tak bagi encourage mommy to push dan suruh tahan kalau boleh. Masa tu memang mommy rasa nak mencarut je-lah. Sebab mommy memang dah rasa kepala Faris macam nak terkeluar. Perasaan macam nak terberak tu membuak-buak. Imagine dah nak terberak tapi orang tahan. Tak rasa nak maki hamun ke? Mommy dah tahap gegar-gegar katil menahan sakit. Seriously masa Fahad mommy sangat composed. Kali ni, memang sakit dia tahap tak terkata.

Dr. Hazwani minta mommy mengiring untuk tahan Faris dari keluar. Aduh! Time nak terkeluar sangat ni, suruh tukar posisi mengiring pulakkkkk. Mommy dalam hati dah jerit, aku nak terberanak sangat-sangat dah niiiiiii, faham takkk. Memang mommy menyumpah je dalam hati sebab tunggu doktor sampai. Mommy masa tu rasa kepala adik nak terjojol dahhhh. Dengan contraction non-stop. I really feel like pushing. Mommy dah rasa adik crowning dah.

And finally he arrived. Pusingg balik pada posisi nak teran. Masa tu nurse semua ada, minta mommy pegang kaki. Mommy dah tak ingat apa masa tu. Rasa nak teran sesgt je. Alhamdulillah dalam 5-10 minutes time, mommy berjaya push Faris out. Thanx to the breathing technique that I learnt during Fahad. Lepas tu sesi menjahit, mommy dapat the laughing gas. Memang mommy sedut sampai mamai hehehe.

Tu je-lah cerita kelahiran Ahmed Faris. Pada mommy, kelahiran Faris adalah mudah walaupun sangat menyakitkan. Within 2 hours time, I was fully dilated. Masa Fahad dulu it took 8 hours despite being induced. Orang kata, mudah tu bila tak rasa sakit langsung tau-tau nak terberanak dah. Well, this is my part of mudah bersalin. Lain orang, lain pengalaman kan?

26th Dec 2012, 4.26 a.m.
Ahmed Faris sayang,
Daddy dan mommy beri nama Faris bersempena nama Baginda Tuanku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra. Semoga anakanda menurut contoh Tuanku; merendah diri, zuhud, memuliakan alim ulama, dan tak sombong dengan pangkat. Mommy harap Faris akan sayang abang Fahad seperti mana dia sayangkan Faris sejak Faris dalam perut lagi. Mommy love the both of you equally and I would sacrifice anything for my two handsome boys.

Wuhuu!!! I'm the mother of two boys!! :)